KOSMO! Tukar kaedah pengesahan guna kata laluan

Tukar kaedah pengesahan guna kata laluan

PETALING JAYA – Penyedia penyelesaian keselamatan digital, Securemetric Berhad dan organisasi bukan berasaskan keuntungan, FIDO Alliance menggesa perniagaan Malaysia supaya menggunakan kaedah pengesahan tanpa kata laluan untuk meningkatkan keselamatan siber.

Cybersecurity Malaysia melaporkan peningkatan mengejutkan sebanyak 1,192 peratus dalam kecurian data pada 2023, manakala pancingan data dikenal pasti sebagai kebimbangan keselamatan siber teratas oleh 54 peratus organisasi di Malaysia, menurut tinjauan IDC.

Lonjakan itu boleh dikaitkan dengan penggunaan meluas kata laluan rentan, yang kekal sebagai sasaran utama bagi penjenayah siber bagi mengeksploitasi amalan keselamatan yang lemah, menekankan kepentingan menerima pakai pengesahan tanpa kata laluan di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif, Securemetric Berhad, Edward Law berkata, pengesahan tanpa kata laluan masih di peringkat awal di negara ini.

“Bagaimanapun, dengan keputusan kerajaan mengguna pakai kaedah ini dan beberapa syarikat Malaysia yang mengikutinya, kami melihat permulaan yang memberangsangkan dalam mengukuhkan ekosistem keselamatan siber negara.

“Untuk mengekalkan kemajuan dalam hal ini, lebih banyak perniagaan dan organisasi perlu menyertai dan menggunakan kaedah pengesahan tanpa kata laluan untuk meningkatkan per- lindungan terhadap serangan siber, melindungi melindungi maklumat sensitif dan infrastruktur kritikal serta menyumbang kepada persekitaran digital yang lebih selamat,” katanya.

Kaedah pengesahan tradisional seperti kata laluan memberikan risiko ketara kerana ia berasaskan pengetahuan, sukar diingat dan terdedah kepada pancingan data, penuaian dan serangan semula.

Menurut FIDO Alliance, kata laluan bertanggungjawab kepada lebih 80 peratus pelanggaran data.

Pengesahan tanpa kata laluan menawarkan keselamatan yang dipertingkatkan dengan menggunakan langkah lanjutan seperti pengesahan biometrik atau token perkakasan, yang men- gurangkan kemungkinan akses tanpa kebenaran dengan ketara.

Kosmo!, 12th September 2024

Registration

Forgotten Password?